Gambar Apa ni????
Thursday, March 31, 2011
Friday, March 25, 2011
Nota Cinta
Jangan Menyalahkan Diri Bertemu Orang Yang Salah
Memang Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita
~~ menjadi penilai yang baik
~~ sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharap pertolongan Allah
~~ dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk
diri kita
~~ sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan hebat untuk kita dah kehidupan
kita pada masa depan
~~ dapat mengutip pengalaman yang tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya
~~ jadi manusia yang hebat jiwanya
~~ lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya
ada bersama Allah
~~ lebih mengenali kehidupan yang tak
selamanya kekal

Monday, March 14, 2011
Botol Susu Polikarbonat Bisphenola Diharamkan Mulai 1 Mac 2012
PUTRAJAYA : Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.
“Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama
PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.
Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.
Berikut adalah kesan buruk BPA:
Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
Masalah kegemukan atau obesiti
Kecacatan pada bayi baru lahir
Menambahkan risiko kematian bayi
Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif

Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!
*Kenapa lah tggu 2012 baru haramkan botol susu polikarbonat nih
*Contoh botol susunya bebas dari BPA seperti Avent, Tommy Tippie, Madela dsbnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)